PERKHIDMATAN DALAM TALIAN

Sistem Pengurusan Aduan Awam MPSepang Dalam Talian (SISPAA) menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk membolehkan anda membuat aduan, pertanyaan, cadangan, atau berhubung dan mendapatkan informasi terkini terus daripada pihak yang bertanggungjawab. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan proses aduan, memudahkan pengguna dan pentadbir, serta meningkatkan kecekapan penanganan aduan terhadap kerosakan, kesalahan, atau isu kepenggunaan.

Klik Aduan untuk meneruskan urusan.

e-Bayar menyediakan kemudahan untuk membuat pelbagai pembayaran bil secara elektronik seperti cukai taksiran, sewa, kompaun tempat letak kenderaan, dan lain-lain tanpa menggunakan tunai atau cek. Sistem ini boleh diakses melalui portal Majlis Perbandaran Sepang, perbankan internet, atau aplikasi mudah alih.

Klik e-Bayar atau mana-mana bank untuk meneruskan urusan.

* CIMB Buzzing Bazaar adalah bukan untuk pemilik akaun CIMB tetapi hanya untuk pemegang akaun RHB Bank, Bank Islam dan Maybank sahaja.

e-Cukai memudahkan anda membuat bayaran bil cukai taksiran secara elektronik. e-Cukai kini memberi kemudahan bayaran secara dalam talian, pembayaran secara kad kredit juga boleh digunakan. Bank-bank yang terlibat adalah CIMB Clicks, Maybank, Public Bank, Hong Leong Bank, RHB Bank, dan Bank Islam.

Klik e-Cukai untuk meneruskan urusan.

e-Lesen meningkatkan kecekapan membuat permohonan, pembaharuan, dan pengurusan lesen Majlis Perbandaran Sepang secara elektronik bagi mengurangkan penggunaan kertas, dan menyediakan perkhidmatan yang lebih mudah dan pantas kepada orang awam.

Klik e-Lesen untuk meneruskan urusan.

e-Sewaan membolehkan penyewa dan pihak berkuasa tempatan untuk menguruskan bil sewaan harta majlis secara elektronik. Sistem ini menyediakan kemudahan untuk membuat semakan bil sewaan, mencetak bil, dan membuat bayaran bil secara elektronik.

Klik e-Sewaan untuk meneruskan urusan.

e-Penilaian merupakan sistem dalam talian penilaian harta dan pengurusan harta yang disediakan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (Bahagian Penilaian), Majlis Perbandaran Sepang. Sistem ini menyediakan pelbagai fungsi secara dalam talian yang membolehkan pelanggan untuk memohon pertukaran nama pemilik, alamat surat menyurat, emel, nombor telefon dan lain-lain. 

Klik e-Penilaian untuk meneruskan urusan.

e-Kompaun merujuk kepada urusan kompaun seperti laporan pelbagai dan laporan tempat letak kenderaan yang memberi kemudahan bayaran bil secara dalam talian. 

Klik e-Kompaun untuk meneruskan urusan.

e-Tempahan menjimatkan masa untuk membuat tempahan pelbagai kemudahan atau perkhidmatan secara digital dan mempercepatkan proses yang sebelum ini dilakukan secara manual. Contohnya, ia boleh digunakan untuk menempah kemudahan sukan dan membuat bayaran bil secara elektronik.  

Klik e-Tempahan untuk meneruskan urusan.

Muat Turun Borang menjadi platform yang boleh memuat turun borang seperti :

1. Borang Senarai Semak Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan
2. Borang Permohonan Tuntutan Wang Cagaran
3. Borang Permohonan Lesen Anjing
4. Borang Pasar Ramadhan
5. Borang Notis Jualan Atau Pindah Milik
6. Borang Kajian Kepuasan Pelanggan
7. Borang Permohonan Diskaun Cukai Taksiran
8. Borang Pengesahan Geologi Tapak
9. Borang Permohonan Kelulusan Pelan Induk Landskap; dan lain-lain